Posts Tagged ‘ MSN ’

Visits to National Sport’s Organization

Perkara baru telah aku dapati. Badan-badan sukan negara sememangnya mempunyai prasarana yang lengkap, namun tidak aku sangka ia langsung bagaikan tiada kekurangan. Sesungguhnya ketika aku melihat semua prasarana dan kelengkapan begitu jua tajaan diterima, terdetik di hati aku, alangkah baik jika orang-orang miskin di negara Malaysia ini menerima 30% untuk memulakan perniaagan daripada jumlah peruntukan yang diterima oleh badan-badan sukan negara saban tahun. Jika Badminton Association of Malaysia (BAM) sendiri menerima 3-4 juta setahun tajaan oleh Proton, ditambah pula 6-7 juta setahun oleh Majlis Sukan Negara (MSN), bolehkah kalian pembaca nilaikan berapakah pula yang diterima oleh badan sukan lain seperti BolaSepak, Squash, Hoki, dsb; (rujuk di http://www.nsc.gov.my/yellow_sukan_page.aspx )

Majlis Sukan Negara memberi ‘suntikan’ berupa wang yang begitu besar kepada badan-badan sukan negara yang mana ia tidak langsung memberi pulangan ekonomi kepada negara. Dari segi badminton, mungkin ia telah mencapai yang terbaik ketika ini, dan pulangannya ialah kemegahan negara di persada dunia. Tapi bagaimana pula dengan bola sepak? Prestasi permainan yang ditonjolkan pemain kebangsaan layakkah menerima peruntukan sebegitu besar? Apa pula sumbangan bola sepak dalam menjana ekonomi negara? Jika sukan badminton dengan secara tidak langsung mencapapkan nama Malaysia di pentas dunia, apakah pula sumbangan bola sepak kepada negara ini? Justeru aku rasakan Malaysia telah melakukan pembaziran dengan melakukan pelaburan yang merugikan. Begitu juga tajaan badan-badan swasta lain hanya seperti mencurah wang di api marak (rugi camtu jek, takde pulangan pape pun). Cuba kalian fikir semula, adakah Singapura memiliki atlet mereka sendiri? Tidak, mereka hanya membeli atlet daripada negara lain untuk mewakili Singapura. Pada pandangan aku lah kan, kalau benar hendak menonjolkan nama negara dengan bajet yang murah, membeli pemain merupakan jalan singkat yang lebih jimat jika dibandingkan dengan membentuk seseorang menjadi atlet bertaraf dunia. Sudah tentu ia terdapat kontra di dalam cadangan ini, tetapi dalam keadaan ekonomi negara yang meruncing serius, Menteri Kewangan sepatutnya peka dengan keperluan dan kehendak.

“Pentingkan perkara yang lebih penting daripada perkara yang penting, kerana perkara yang lebih penting itu lebih penting daripada perkara yang penting”

Faham atau tidak, silalah kalian teliti dan cuba menginterpretasikan maksud pada ayat tersebut. Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia.

Advertisements