Posts Tagged ‘ Kotak hidup aku ’

Budaya, Agama dan Manusia?

Firstly before I started any opinion on my behalf, I would like to say this post is somehow a reply (not really reply but still, connected and feel to express comes from) of Terlalu Berbudaya

There are a lot of comments replying to his post which I found interested to cover for.

Namun demikian biarlah saya mulakan dengan ‘terlalu melayu, terlalu cina, dan terlalu india’ itu sendiri. Interpretasi saya pada frasa ini mengunjurkan bahawa penulis tersebut mengandaikan bahawa manusia yang di sekeliling beliau merupakan golongan yang terlalu fanatik terhadap etnik masing-masing. Setiap etnik mempunyai budaya yang tersendiri bagi menonjolkan keistimewaan etnik tersebut. Maka adalah penting bagi golongan yang ter’lahir’ di dalam sesebuah etnik itu meng’hidup’kan etnik masing-masing supaya tidak terus hilang ditelan zaman. Hal ini merupakan sesuatu perkara yang amat biasa, bukan sahaja di Tanah Malaya ini, namun ianya tetap sedemikian di seantero dunia.

etoy…, March 7, 2009 9:25 PM
etoy di halaman terbabit mengatakan bahawa pemikiran dan didikan itu perlu dipersalahkan, bukan budaya itu sendiri. Perlu kita tahu dan faham bahawa pembentukan budaya adalah melalui pemikiran dan didikan. Jika budaya tersebut tidak salah, maka asasnya tidaklah salah juga bukan begitu?
Namun saya setuju bahawa keterlaluan etnik ini terjadi; sebahagian besar adalah kerana dibesarkan dalam kelompok tertentu. Dibesarkan dalam kelompok melayu, sudah tentu perasaan bangga dan ego menjadi seorang melayu itu sangat hebat di dalam diri manusia itu. Begitu juga cina waima india sekalipun. Hal ini tidak dapat disanggah kerana ia merupakan fitrah manusia untuk mempunyai keperluan merasa diiktiraf di dalam sesuatu kelompok. Jika seseorang itu hanya manusia, maka dia telah kurang lengkap 1 fitrah kejadiannya itu.

hikayat aku dan mereka, March 8, 2009 11:18 AM

utk jadi hanya manusia.. apa kata budaya itu diamalkan bersama dan hati itu dibuka tanpa memanggil bangsa apakah kite.. cukup sekadar bangsa malaysia..

kita akan tetap menjalani satu budaya, iaitu budaya malaysia. Konteks budaya itu sendiri sangat luas, dari segi etnik, cara hidup, pertuturan, tingkah laku, adat resam dan berbagai-bagai lagi. Dek kerana perbezaan dari segi ‘appeal’ adalah sukar bagi rakyat malaysia untuk bersatu di bawah satu Bangsa. Walaubagaimanapun, kebudayaan Malaysia dari konteks pertuturan dan ‘gaya’ hidup mungkin telah selari di kalangan rakyat berbilang kaum ini. Perlu diingat sekali lagi, budaya itu bukanlah adat resam atau perkauman sahaja.

Rachelisation, March 9, 2009 12:19 AM

I think we’re sometimes so blinded by “budaya” that we lose sight of the value of life that exists within another fellow human being who happens to be different from ourselves.

Benar, kadang-kadang kita terlalu taksub terhadap budaya tertentu dan kita melihat orang lain di luar kelompok budaya kita sebelah mata cuma. Kehidupan ini penuh warna-warni. Budaya merupakan pencorak kehidupan, justeru sekalipun kita punya budaya tersendiri, tidak kira budaya jalanan, budaya rempit, budaya berlumba, budaya melayu, budaya cina, budaya india, budaya kerja, walhal tidak kira apa sekalipun kelompok budaya yang kita jalani, mestilah kita hormati dan terima budaya kelompok yang lain.

Anonymous said…, March 10, 2009 2:21 PM

bro ke 2, thank you for your explanation. Aku akan baca apa yang kau cadangkan baca. tapi cuma tolong explain, inai berinai, tepung tawar, bakar kemiyan, bersanding tu, agama pengaruh budaya ke budaya pengaruh agama?

Mudah. Agama pengaruh budaya. Kenapa dan bagaimana ia terjadi? semua contoh yang saudara berikan tersebut merupakan satu tuntutan agama Hindu. Lama-kelamaan ia menjadi satu kebudayaan dalam masyarakat tersebut. Apabila agama Hindu sampai di Tanah Melayu sebelum terbentuknya kerajaan Melaka itu sendiri, ia turut sama membawa budaya dan menjadi jati diri orang melayu ini. Apabila telah diamalkan secara turun-temurun, ia kemudiaannya menjadi budaya melayu, justeru apabila melayu menganut agama Islam setelah kedatangaan saudagar dari Tanah Arab, melayu tidak meninggalkan budaya-budaya yang telah mereka jalani selama ini selagi ianya tidak melanggar hukum syara’.

Simbolik menepung tawar, kemenyan dan sebagainya hanya merupakan budaya yang diamalkan. Tidak melakukannya tidak salah waima seidikitpun. Tidak dinafikan bahawa terdapat sebahagian daripada masyarakat sekarang tersalah anggap mengenai agama dan budaya. Tidak mampu membezakan tuntutan agama dan keistimewaan budaya inilah yang menimbulkan kekeliruan dalam melaksanakannya.

Jadi bagaimana pula hendak menjadi hanya manusia?
Disebabkan perkataan ‘hanya’ konteks manusia itu nampak seperti sempit. Justeru jawapan yang mudah bagi soalan yang menyempitkan ini ialah penuhi keperluan sebagai seorang manusia, maka anda telah berjaya menjadi “hanya manusia”.

Fikir-fikirkanlah

Advertisements

Tags

tags(ed) by miza

1) go to your photos folder in your computer
2) go to the 6th folder of photos
3) got to the 6th picture in that folder

4) put the picture on your blog and description of it
5) invite 4 friends to join the challenge
6) link them in your blog and let them know they have been challenged

TmNut

Just a banner for campaign No to Streamyx. Put this in your signatures for Forums (any forum) to support anti-streamyx campaign.

Kenapa anti streamyx?
Dulu kita mesti guna streamyx sebab ini adalah satu-satunya broadband provider dalam negara malaysia. So semua harga dia letak, nak taknak kita kena ikut. Dah lah mahal, dia punya customer support memang ‘Zero’. Unsolved problem punyalah banyak tak terkira, complain yang orang buat bukan sikit, tapi semua dibiarkan dan pengguna terus membayar harga ditetapkan walaupun perkhidmatan tersebut tidak memuaskan langsung. Didorong rasa tertekan dan ditekan oleh pembekal jalur lebar digelar ‘TmNut’ streamyx ini, ramai pengguna meluahkan rasa tidak puas hati di internet, blog-blog malah membuat pelbagai rekabentuk banner untuk ‘TMnut’ ini. Rujuk di sini.

Tags:
takde sesape.. malas nak tag orang

Visits to National Sport’s Organization

Perkara baru telah aku dapati. Badan-badan sukan negara sememangnya mempunyai prasarana yang lengkap, namun tidak aku sangka ia langsung bagaikan tiada kekurangan. Sesungguhnya ketika aku melihat semua prasarana dan kelengkapan begitu jua tajaan diterima, terdetik di hati aku, alangkah baik jika orang-orang miskin di negara Malaysia ini menerima 30% untuk memulakan perniaagan daripada jumlah peruntukan yang diterima oleh badan-badan sukan negara saban tahun. Jika Badminton Association of Malaysia (BAM) sendiri menerima 3-4 juta setahun tajaan oleh Proton, ditambah pula 6-7 juta setahun oleh Majlis Sukan Negara (MSN), bolehkah kalian pembaca nilaikan berapakah pula yang diterima oleh badan sukan lain seperti BolaSepak, Squash, Hoki, dsb; (rujuk di http://www.nsc.gov.my/yellow_sukan_page.aspx )

Majlis Sukan Negara memberi ‘suntikan’ berupa wang yang begitu besar kepada badan-badan sukan negara yang mana ia tidak langsung memberi pulangan ekonomi kepada negara. Dari segi badminton, mungkin ia telah mencapai yang terbaik ketika ini, dan pulangannya ialah kemegahan negara di persada dunia. Tapi bagaimana pula dengan bola sepak? Prestasi permainan yang ditonjolkan pemain kebangsaan layakkah menerima peruntukan sebegitu besar? Apa pula sumbangan bola sepak dalam menjana ekonomi negara? Jika sukan badminton dengan secara tidak langsung mencapapkan nama Malaysia di pentas dunia, apakah pula sumbangan bola sepak kepada negara ini? Justeru aku rasakan Malaysia telah melakukan pembaziran dengan melakukan pelaburan yang merugikan. Begitu juga tajaan badan-badan swasta lain hanya seperti mencurah wang di api marak (rugi camtu jek, takde pulangan pape pun). Cuba kalian fikir semula, adakah Singapura memiliki atlet mereka sendiri? Tidak, mereka hanya membeli atlet daripada negara lain untuk mewakili Singapura. Pada pandangan aku lah kan, kalau benar hendak menonjolkan nama negara dengan bajet yang murah, membeli pemain merupakan jalan singkat yang lebih jimat jika dibandingkan dengan membentuk seseorang menjadi atlet bertaraf dunia. Sudah tentu ia terdapat kontra di dalam cadangan ini, tetapi dalam keadaan ekonomi negara yang meruncing serius, Menteri Kewangan sepatutnya peka dengan keperluan dan kehendak.

“Pentingkan perkara yang lebih penting daripada perkara yang penting, kerana perkara yang lebih penting itu lebih penting daripada perkara yang penting”

Faham atau tidak, silalah kalian teliti dan cuba menginterpretasikan maksud pada ayat tersebut. Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia.

Hello reader?

Well, this is my 1st time doing blog using a free-blog host.

Sebelum ini aku memang pernah blogging, tetapi kebanyakannya mengenai permainan-permainan online. Terdapat beberapa tutorial dan juga perkongsian ‘files’ dalam blog sebelum ini. Namun begitu aku begitu suka untuk membaca luahan pendapat ramai blogger di mana aku berminat untuk meninggalkan komen; maka amat mudah kiranya aku punyai ‘ID’ bagi memudahkan aku berbuat demikian.

Terlebih dahulu aku ingin katakan bahawa tidaklah pula aku punyai idea kreatif untuk disumbangkan, tidak pula ingin menjadikan blog sebagai ‘diari dalam-talian’. Namun begitu aku akan berkongsi mana-mana pengalaman yang dirasakan baik atau pengetahuan yang aku rasakan bagus untuk dikongsi bersama. Maka dengan ini aku telah terlebih dahulu mengisytiharkan yang sememangnya aku tidak mahu mengemaskini blog ini secara aktif. =)

Jalan mudah mungkin, namun aku kira adalah sangat tidak perlu aku tulis sesuatu yang tidak memberi faedah kepada diri aku begitu juga kepada orang lain. Rasanya cukup sudah entri buat kali pertama, aku akan cuba memberi input berguna pada entri berikutnya.

Sehingga lain masa…