Posts Tagged ‘ bangsa ’

Budaya, Agama dan Manusia?

Firstly before I started any opinion on my behalf, I would like to say this post is somehow a reply (not really reply but still, connected and feel to express comes from) of Terlalu Berbudaya

There are a lot of comments replying to his post which I found interested to cover for.

Namun demikian biarlah saya mulakan dengan ‘terlalu melayu, terlalu cina, dan terlalu india’ itu sendiri. Interpretasi saya pada frasa ini mengunjurkan bahawa penulis tersebut mengandaikan bahawa manusia yang di sekeliling beliau merupakan golongan yang terlalu fanatik terhadap etnik masing-masing. Setiap etnik mempunyai budaya yang tersendiri bagi menonjolkan keistimewaan etnik tersebut. Maka adalah penting bagi golongan yang ter’lahir’ di dalam sesebuah etnik itu meng’hidup’kan etnik masing-masing supaya tidak terus hilang ditelan zaman. Hal ini merupakan sesuatu perkara yang amat biasa, bukan sahaja di Tanah Malaya ini, namun ianya tetap sedemikian di seantero dunia.

etoy…, March 7, 2009 9:25 PM
etoy di halaman terbabit mengatakan bahawa pemikiran dan didikan itu perlu dipersalahkan, bukan budaya itu sendiri. Perlu kita tahu dan faham bahawa pembentukan budaya adalah melalui pemikiran dan didikan. Jika budaya tersebut tidak salah, maka asasnya tidaklah salah juga bukan begitu?
Namun saya setuju bahawa keterlaluan etnik ini terjadi; sebahagian besar adalah kerana dibesarkan dalam kelompok tertentu. Dibesarkan dalam kelompok melayu, sudah tentu perasaan bangga dan ego menjadi seorang melayu itu sangat hebat di dalam diri manusia itu. Begitu juga cina waima india sekalipun. Hal ini tidak dapat disanggah kerana ia merupakan fitrah manusia untuk mempunyai keperluan merasa diiktiraf di dalam sesuatu kelompok. Jika seseorang itu hanya manusia, maka dia telah kurang lengkap 1 fitrah kejadiannya itu.

hikayat aku dan mereka, March 8, 2009 11:18 AM

utk jadi hanya manusia.. apa kata budaya itu diamalkan bersama dan hati itu dibuka tanpa memanggil bangsa apakah kite.. cukup sekadar bangsa malaysia..

kita akan tetap menjalani satu budaya, iaitu budaya malaysia. Konteks budaya itu sendiri sangat luas, dari segi etnik, cara hidup, pertuturan, tingkah laku, adat resam dan berbagai-bagai lagi. Dek kerana perbezaan dari segi ‘appeal’ adalah sukar bagi rakyat malaysia untuk bersatu di bawah satu Bangsa. Walaubagaimanapun, kebudayaan Malaysia dari konteks pertuturan dan ‘gaya’ hidup mungkin telah selari di kalangan rakyat berbilang kaum ini. Perlu diingat sekali lagi, budaya itu bukanlah adat resam atau perkauman sahaja.

Rachelisation, March 9, 2009 12:19 AM

I think we’re sometimes so blinded by “budaya” that we lose sight of the value of life that exists within another fellow human being who happens to be different from ourselves.

Benar, kadang-kadang kita terlalu taksub terhadap budaya tertentu dan kita melihat orang lain di luar kelompok budaya kita sebelah mata cuma. Kehidupan ini penuh warna-warni. Budaya merupakan pencorak kehidupan, justeru sekalipun kita punya budaya tersendiri, tidak kira budaya jalanan, budaya rempit, budaya berlumba, budaya melayu, budaya cina, budaya india, budaya kerja, walhal tidak kira apa sekalipun kelompok budaya yang kita jalani, mestilah kita hormati dan terima budaya kelompok yang lain.

Anonymous said…, March 10, 2009 2:21 PM

bro ke 2, thank you for your explanation. Aku akan baca apa yang kau cadangkan baca. tapi cuma tolong explain, inai berinai, tepung tawar, bakar kemiyan, bersanding tu, agama pengaruh budaya ke budaya pengaruh agama?

Mudah. Agama pengaruh budaya. Kenapa dan bagaimana ia terjadi? semua contoh yang saudara berikan tersebut merupakan satu tuntutan agama Hindu. Lama-kelamaan ia menjadi satu kebudayaan dalam masyarakat tersebut. Apabila agama Hindu sampai di Tanah Melayu sebelum terbentuknya kerajaan Melaka itu sendiri, ia turut sama membawa budaya dan menjadi jati diri orang melayu ini. Apabila telah diamalkan secara turun-temurun, ia kemudiaannya menjadi budaya melayu, justeru apabila melayu menganut agama Islam setelah kedatangaan saudagar dari Tanah Arab, melayu tidak meninggalkan budaya-budaya yang telah mereka jalani selama ini selagi ianya tidak melanggar hukum syara’.

Simbolik menepung tawar, kemenyan dan sebagainya hanya merupakan budaya yang diamalkan. Tidak melakukannya tidak salah waima seidikitpun. Tidak dinafikan bahawa terdapat sebahagian daripada masyarakat sekarang tersalah anggap mengenai agama dan budaya. Tidak mampu membezakan tuntutan agama dan keistimewaan budaya inilah yang menimbulkan kekeliruan dalam melaksanakannya.

Jadi bagaimana pula hendak menjadi hanya manusia?
Disebabkan perkataan ‘hanya’ konteks manusia itu nampak seperti sempit. Justeru jawapan yang mudah bagi soalan yang menyempitkan ini ialah penuhi keperluan sebagai seorang manusia, maka anda telah berjaya menjadi “hanya manusia”.

Fikir-fikirkanlah