Syukur Alhamdulillah

Waktunya, malam.

Hati ini bermonolog.

“Eh, semacam gerhana berlaku di luar”. Kepala menjengah, tingkap diselak. Matahari menyembunyikan diri dibelakang bulan. GILA! Mana mungkin gerhana matahari berlaku dalam gelap menyelubungi hari.

“Betulkah apa yang ku lihat? baik aku keluar menjenguknya dari halaman, siapa tahu mataku bermain ilusi.” Sementelah itu juga aku menapakkan kaki ke halaman.

“MasyaAllah!” Bulan mengambang, menjadi semakin besar. Besar. Dan nampak semakin besar. Ilusi? aku cuba memejamkan mata dan berharap apa yang ku lihat ini cuma mainan lagi.

“Allahuakbar! Bulan semakin dekat! Bulan nak jatuh!” seakan-akan cerita Armageddon, bulan jatuh bagaikan meteor.

Tiba-tiba, gegaran terasa di seluruh kawasan. Gempa? Fissure? Tanah merekah, sungai berombak? Pelik. Aku kaget. Ke mana harus ku lari? Siapa harus ku selamatkan? Bagaimana?

Pandangan beralih ke arah kawasan yang dahulunya surau, tapi kini tinggal kopiah bergelimpangan – tinggalan manusia yang tidak mengendahkannya lagi. Beralih lagi. Kanak-kanak masih riang gembira menari-nari. Memakai persalinan putih, berkumpulan bergerak ke suatu arah yang aku sendiri tidak ketahui. “Ke manakah kalian?” Tegurku kepada kanak-kanak di belakang. “Siapa kamu? Apa yang sedang berlaku?” Mereka masih dibuai mimpi menganggap perkara yang berlaku ialah suatu fantasi yang akan hilang sekejap lagi.

Aku kaget. Pucat. Adakah aku akan mati?

“Alhamdullilahillazi ahyaana, ba’damaa amaa tanaa wailaihinnusyur..”

Segala puji hanyalah kepunyaan Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami, dan kepadaNya kami akan dikumpulkan.

Aku bangun, dengan rasa syukur. Sebak di hati Allah masih memanjangkan umur untuk aku beribadah sehari lagi.

19 Januari 2010

Advertisements
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: